MELINDUNGI PRIVASI ANDA – KOMITMEN KAMI

  1. TATA COMMUNICATIONS DAN PRIVASI ANDA
  2. BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI
  3. MAKLUMAT YANG KAMI KUMPUL BERKAITAN ANDA DAN BAGAIMANA KAMI MENGUMPULNYA
  4. BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN DATA PERIBADI YANG KAMI KUMPUL?
  5. APAKAH JUSTIFIKASI BAGI PENGGUNAAN INI?
  6. BILAKAH KAMI BERKONGSI DATA PERIBADI YANG KAMI KUMPUL
  7. PEMINDAHAN DATA PERIBADI ANTARABANGSA
  8. APAKAH HAK YANG SAYA ADA BERKAITAN DATA PERIBADI SAYA?
  9. BERAPA LAMAKAH AKAN ANDA SIMPAN DATA PERIBADI SAYA
  10. KESELAMATAN DATA
  11. PERUBAHAN KEPADA DASAR INI

Tata Communications menghormati privasi anda dan komited dalam memastikan bahawa perlindungan yang sesuai tersedia untuk data peribadi anda. Kami berusaha mematuhi semua undang-undang terpakai semasa yang berkaitan dengan perlindungan, keselamatan dan kerahsiaan data peribadi. Dalam Dasar Privasi (“Dasar”) ini, kami menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan melindungi data peribadi. Kami turut menggariskan hak-hak yang anda mungkin  ada berkaitan dengan data peribadi anda yang kami simpan. Dasar ini berkaitan dengan data peribadi anda yang kami proses melalui penggunaan Kawasan Khas Wi-Fi, sambungan kereta dan/atau perkhidmatan (e)SIM yang terdapat dalam kenderaan Jaguar Land Rover ("JLR") (“Perkhidmatan”).

Dasar ini disediakan dalam format berlapis, jadi anda boleh mengklik ke bahagian tertentu yang paling menarik minat anda seperti yang ditetapkan di bawah.

  1. TATA COMMUNICATIONS DAN PRIVASI ANDA
    1. Melindungi privasi anda adalah penting kepada kami dan ia satu tanggungjawab yang kami ambil secara serius
    2. Siapakah kami? Tata Communications (Netherlands) B.V. merupakan pengawal dan bertanggungjawab bagi Perkhidmatan ini. Rujukan kepada “kami”, “milik kita” atau “kita” dalam Dasar ini merujuk kepada syarikat ini yang bertanggungjawab untuk memproses, mengumpul dan menyimpan data peribadi anda.
    3. Maklumat tambahan berkenaan amalan data peribadi kami mungkin disediakan dalam perjanjian kontrak, pernyataan privasi  tambahan, atau notis yang diberikan kepada anda sebelum atau semasa pengumpulan data peribadi anda.
    4. Penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda, dan sebarang pertikaian berkenaan privasi, adalah tertakluk kepada Dasar ini, Terma Perkhidmatan kami (yang digabungkan oleh rujukan ke dalam Dasar ini) dan sebarang kontrak bertulis bagi perkhidmatan di antara anda dan kami atau sesiapa yang memberikan anda akses kepada Perkhidmatan kami.
  2. BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI
  3. Bagi sebarang soalan mengenai Dasar ini dan amalan perlindungan data kami atau untuk melaksanakan sebarang hak anda berhubung dengan data peribadi anda di bawah undang-undang terpakai, anda boleh menggunakan portal layan diri kami yang disediakan di sini.

    Alamat pos kami bagi sebarang soalan ialah:

    Tata Communications (UK) Limited Legal Compliance – Data Protection and Privacy
    Vintners Place
      68 Upper Thames Street
    London, EC4V3BJ
    United Kingdom

    Bagi negara Jerman, Singapura dan India, anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data (“DPO”) kami dengan menggunakan borang hubungan DPO kami di sini.

  4. MAKLUMAT YANG KAMI KUMPUL BERKAITAN ANDA DAN BAGAIMANA KAMI MENGUMPULNYA
    1. Kami mengumpul atau menerima pelbagai jenis data peribadi dari JLR berdasarkan penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda. Berikut adalah gambaran keseluruhan bagi kategori maklumat yang kami mungkin kumpul atau terima:
      1. Maklumat Akaun:
        1. Maklumat Hubungan yang membolehkan kami berkomunikasi dengan anda. Kami memperoleh maklumat ini apabila anda memesan atau mendaftar untuk menerima sebarang Perkhidmatan kami. Kami mengumpul atau menerima maklumat daripada anda apabila anda mendaftar untuk Perkhidmatan kami, mencipta akaun dalam talian, membuat pembelian, meminta butiran atau panggilan semula, menghantar permintaan sokongan teknikal, pelanggan atau bil, mengambil bahagian dalam pertandingan atau tinjauan, memberi maklum balas kepada kami atau sebaliknya menghubungi kami. Jenis maklumat yang kami kumpul bergantung kepada interaksi anda dengan kami atau JLR, tetapi ia mungkin termasuk, nama, alamat, nombor telefon (perniagaan atau peribadi), alamat e-mel, alamat pos/bil (perniagaan atau kediaman), tarikh lahir, nombor pengenalan peranti/kenderaan, tarikh mula perkhidmatan, dan sebarang maklumat relevan lain misalnya bukti ID atau kediaman. Peruntukan data sedemikian daripada anda adalah bersyarat untuk kami memasuki kontrak dengan anda.
        2. Maklumat Bil berkaitan hubungan komersial dan kewangan anda misalnya perkhidmatan yang kami sediakan untuk anda, nombor telefon yang anda gunakan untuk membuat panggilan dan menghantar teks, penggunaan Internet anda, cop masa atau metadata lain berkaitan penggunaan perkhidmatan kami oleh anda, sejarah pembayaran anda, sejarah kredit anda, nombor kad kredit anda, nombor keselamatan sosial (yang dibenarkan oleh undang-undang), kod keselamatan dan sejarah perkhidmatan anda.
      2. Maklumat Teknikal & Penggunaan berkaitan Perkhidmatan yang kami sediakan untuk anda, termasuk maklumat tentang bagaimana anda menggunakan Perkhidmatan kami. Beberapa contoh termasuk:
        1. Data Peralatan: Maklumat yang berkaitan dengan dan mengenalpasti peralatan pada rangkaian kami yang mungkin anda guna atau berantara muka dengan. Maklumat mungkin termasuk jenis peralatan, pengenalpasti peranti, status peranti, nombor siri, tetapan, konfigurasi dan jenis perisian.
        2. Prestasi & Penggunaan Rangkaian: Maklumat berkaitan operasi peralatan, perkhidmatan dan aplikasi yang anda gunakan pada rangkaian kami. Contoh ini mungkin termasuk lokasi dan jenis peranti tanpa wayar (bagi tujuan perayauan), di dan ke mana panggilan bantuan kecemasan atau kerosakan dibuat serta: tarikh, masa, tempoh dan kos, minit suara yang digunakan, rekod panggilan, lebar jalur yang digunakan. Kami turut mengumpul maklumat seperti kadar transmisi dan kelewatan, data berkaitan dengan perkhidmatan pemantauan jarak jauh dan ciri-ciri keselamatan, serta maklumat tentang penggunaan perkhidmatan gabungan protokol suara melalui internet (VoIP) kami oleh anda (termasuk perkhidmatan yang dibeli di luar talian).
    2. Kami mungkin mengumpul data peribadi di atas semasa menyediakan Perkhidmatan kepada anda atau kepada seseorang yang telah memberikan anda akses kepada Perkhidmatan kami. Kami boleh memperoleh maklumat ini dengan beberapa cara, misalnya:
      1. secara terus daripada anda: misalnya, apabila anda memberikan butiran anda untuk melanggan Perkhidmatan kami atau menghubungi kami untuk pertanyaan teknikal.
      2. secara automatik: apabila data peribadi dijana melalui penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda.
      3.  daripada sumber pihak ketiga: adakalanya kami mengumpul data peribadi kategori di atas yang berkaitan anda daripada pihak ketiga yang dipercayai, berkaitan dengan Perkhidmatan yang kami sediakan untuk anda atau cadangkan untuk disediakan untuk anda, di mana sesuai dan setakat mana kami mempunyai asas yang sewajar untuk melakukannya. Ini termasuk, JLR sebagai pengeluar kenderaan anda, KYC/agensi pencegahan penipuan, direktori perniagaan, semakan kredit dan agensi rujukan/pemeriksaan KYC dan penyedia rangkaian yang berhubung.
  5. BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN DATA PERIBADI YANG KAMI KUMPUL?
    1. Kami nyatakan di bawah beberapa cara kami memproses data peribadi:
      1. Memberikan anda akses kepada Perkhidmatan: Mengurus aplikasi anda dan menentukan kelayakan anda untuk diberi akses kepada Perkhidmatan kami. Ini termasuk mengambil tindakan berkaitan aktiviti haram, KYC/penipuan, ancaman kepada harta atau kakitangan kami dan pelanggaran Terma Perkhidmatan kami dan/atau undang-undang terpakai serta untuk memenuhi tanggungjawab undang-undang dan peraturan kami.
      2. Menyediakan anda Perkhidmatan yang diminta: Ini termasuk berkomunikasi dengan anda dan menyediakan anda dengan Perkhidmatan yang diminta.
      3. Mengurus akaun dan membantu anda mengurus akaun anda: Ini termasuk berkomunikasi dengan anda tentang penggunaan Perkhidmatan kami, maklum balas kepada pertanyaan anda, menyediakan sebarang maklumat yang anda minta, menangani tiket sokongan teknikal, dan menyediakan sokongan khidmat pelanggan.
      4. Memproses bayaran & menginvois: Mendapatkan dan memproses bayaran, ini termasuk mengambil tindakan terhadap aktiviti penipuan dan mematuhi tanggungjawab undang-undang dan peraturan kami.
      5. Melindungi integriti rangkaian kami: Memastikan keselamatan, melindungi data peribadi anda dari sebarang kehilangan, kerosakan, kecurian atau akses tanpa kebenaran, mencegah jenayah dan penipuan, menghukum pesalah dan melindungi keselamatan negara.
      6. Menguruskan rangkaian kami: Mengurus rangkaian kami serta penggunaan rangkaian kami oleh anda. Ini termasuk mengurus aliran data yang melalui rangkaian kami bagi memastikan kualiti Perkhidmatan terbaik tersedia untuk anda.
      7. Penyelidikan dan pembangunan Perkhidmatan kami: Meningkatkan Perkhidmatan kami (dan rakan kongsi pihak ketiga) dan membangunkan perkhidmatan baharu dengan bantuan statistik berkenaan penggunaan Perkhidmatan kami.
      8. Memasarkan aktiviti berkaitan: Menghantar maklumat tentang Perkhidmatan kami kepada anda, melainkan anda mengarahkan kami untuk tidak berbuat demikian. Yang mana kami perlu mendapatkan kebenaran anda bagi aktiviti ini, anda berhak untuk menarik balik kebenaran tersebut pada bila-bila masa dengan menghubungi kami menerusi butiran hubungan yang dilampirkan dalam Dasar ini.
      9. Pematuhan kepada keperluan perundangan: Mengumpul dan menyimpan data berkenaan anda yang mana perlu di bawah undang-undang terpakai, misalnya data pengenalan.
      10. Memberi respons kepada permintaan pihak berkuasa yang berkaitan dan keperluan peraturan: Kami boleh menggunakan data peribadi anda untuk memberi maklum balas kepada permintaan pihak penguatkuasa undang-undang atau pihak berkuasa awam yang lain. Ini mungkin memerlukan kami untuk mendedahkan butiran kontak anda dan/atau maklumat tentang penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda kepada pihak berkuasa tersebut atau untuk menghalang, memintas atau mengganggu penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda dan sebarang data peribadi yang dijana daripada penggunaan tersebut.
  6. APAKAH JUSTIFIKASI BAGI PENGGUNAAN INI?
    1. Dalam Kesatuan Eropah (EU), justifikasi kami (atau asas undang-undang) bagi pemprosesan data peribadi anda akan berbeza bergantung kepada maklumat itu sendiri, hubungan kami dengan subjek data peribadi, Perkhidmatan yang disediakan, keperluan khusus undang-undang dan peraturan negara di mana Perkhidmatan disediakan atau data peribadi diproses serta banyak faktor lain. Tertakluk kepada perubahan di negara-negara tertentu, asas undang-undang bagi pemprosesan adalah seperti berikut:
      1. Untuk melakukan transaksi dengan anda, pembekal dan rakan niaga, untuk berkomunikasi dengan anda dan memproses pembayaran serta memberi anda akses kepada Perkhidmatan, kami perlu memproses maklumat mengenai anda yang mana perlu untuk memasuki atau melaksanakan kontrak dengan anda.
      2. Kami memproses data peribadi bagi aktiviti pemasaran dan jualan berdasarkan kebenaran anda di mana perlu dan dinyatakan dalam laman kami atau semasa data peribadi anda dikumpul, atau selanjutnya untuk kepentingan sah kami untuk memasar dan mempromosikan produk dan perkhidmatan kami atau untuk penambahbaikan atau pembangunannya.
      3. Kami bergantung kepada kepentingan sah kami untuk memproses maklumat bagi menganalisa, membangun, menambahbaik dan mengoptimumkan Perkhidmatan kami, dan untuk menjamin keselamatan dan integriti rangkaian dan sistem kami. Kami juga mempunyai kepentingan sah dalam menggunakan data peribadi anda berhubung dengan tuntutan undang-undang, pematuhan, keperluan peraturan dan tujuan penyiasatan sekiranya perlu.
      4. Oleh kerana kami diperlukan oleh undang-undang terpakai (termasuk undang-undang telekomunikasi), peraturan atau kepentingan awam, seperti untuk mematuhi proses undang-undang, penguatkuasaan undang-undang atau pihak berkuasa pengawalseliaan atau untuk membantu dalam pencegahan, pengesanan atau pendakwaan jenayah.
      5. Sekiranya anda menahan sebarang maklumat yang diminta, kami mungkin tidak dapat memberikan perkhidmatan atau fungsi tertentu kepada anda.
    2. Kebergantungan kepada kepentingan sah kami: Kami telah menjalankan ujian keseimbangan bagi semua pemprosesan data yang kami jalankan berdasarkan kepentingan sah kami, seperti yang telah diterangkan di atas. Anda boleh mendapatkan  maklumat bagi mana-mana ujian keseimbangan kami dengan menghubungi kami menggunakan butiran yang dinyatakan dalam Dasar ini.
    3. Di semua negara lain (kecuali EU atau wilayah di mana keperluan yang menyerupai EU wujud), justifikasi kami untuk pemprosesan data peribadi anda akan berdasarkan kepada kebenaran dan penerimaan anda terhadap Terma Perkhidmatan dan Dasar ini.
  7. BILAKAH KAMI BERKONGSI DATA PERIBADI YANG KAMI KUMPUL
    1. Tertakluk kepada pemerolehan kebenaran anda seperti yang diperlukan di sesetengah wilayah, kami boleh berkongsi atau mendedahkan data peribadi anda jika perlu bagi tujuan yang diterangkan di atas dan seperti yang dibutirkan secara lanjut di bawah:
      1. Sekutu. Kami boleh mendedahkan maklumat yang kami kumpul daripada anda kepada sekutu kami. Dengan kebenaran undang-undang dan kebenaran anda di mana perlu, sekutu kami boleh menggunakan maklumat anda bagi tujuan yang dinyatakan dalam dokumen ini, termasuk, memasarkan produk dan perkhidmatan mereka kepada anda. Dalam memproses data peribadi anda, sekutu kami mengikuti amalan perlindungan sekurang-kurangnya seperti yang dinyatakan dalam Dasar ini. Senarai sekutu kami tersedia di sini.
      2. Integrasi perkhidmatan kami.Perkhidmatan kami ditawarkan melalui JLR. Oleh itu, kami perlu berkongsi data peribadi anda dengan mereka bagi membantu kami untuk menyediakan Perkhidmatan kepada anda. Kami juga boleh berkongsi data peribadi anda dengan syarikat yang merupakan penyepadu sistem, peruncit JLR, rakan kongsi rangkaian, untuk menyediakan Perkhidmatan kepada anda.
      3. Pembekal Perkhidmatan Pihak Ketiga.Kami menggunakan syarikat dan individu lain untuk melaksanakan fungsi yang diperlukan untuk penyediaan Perkhidmatan atau untuk tujuan yang dinyatakan di atas. Contoh termasuk: menyampaikan komunikasi, memproses pembayaran, menilai risiko kredit dan pematuhan untuk memberi anda akses kepada Perkhidmatan kami, menganalisis data, melakukan pengurusan hubungan pelanggan, dan melibatkan rakan kongsi, kontraktor atau ejen rangkaian, yang menjalankan fungsi bagi pihak kami. Pihak ketiga ini termasuk pembawa atau pembekal lain yang mungkin kami dedahkan data peribadi di mana perlu antaranya untuk menyediakan Perkhidmatan kami atau memenuhi permintaan atau pesanan anda, pemenuhan perkhidmatan/pesanan, khidmat pelanggan dan pelaksanaan pembayaran. Pembekal perkhidmatan pihak ketiga ini mempunyai akses kepada data peribadi yang diperlukan untuk menjalankan fungsi mereka tetapi tidak boleh menggunakannya untuk tujuan lain apabila mereka memproses data peribadi anda bagi pihak kami. Apabila kami berkongsi data peribadi dengan pihak ketiga, kami mengambil langkah bagi memastikan kontrak pihak ketiga mengandungi perlindungan yang sewajarnya untuk data peribadi anda.
      4. Pemindahan Perniagaan. Jika kami diambil alih atau bergabung dengan syarikat lain, atau jika sebahagian besar daripada aset kami dipindahkan ke syarikat lain (yang mungkin berlaku sebahagian daripada prosiding kebankrapan), kami mungkin memindahkan data peribadi anda ke syarikat tersebut. Kami juga mungkin perlu mendedahkan data peribadi anda sebelum sebarang pemerolehan atau penggabungan sedemikian, misalnya kepada penasihat dan mana-mana penasihat calon pembeli.
      5. Perlindungan Undang-Undang dan sebagai Tindak Balas kepada Proses Perundangan. Kami mungkin mendedahkan maklumat yang kami kumpul daripada anda untuk (i) mematuhi undang-undang terpakai, prosiding kehakiman, perintah mahkamah atau syarat undang-undang lain atau, (ii) apabila kami percaya dengan niat baik bahawa pendedahan itu diperlukan untuk melindungi hak kami, melindungi keselamatan anda atau keselamatan orang lain, menyiasat penipuan, atau tindak balas kepada permintaan kerajaan, termasuk pihak berkuasa kerajaan di luar negara tempat tinggal anda, untuk keselamatan negara dan/atau penguatkuasaan undang-undang. Seperti yang dinyatakan di atas, data peribadi yang kami kumpul daripada anda mungkin akan dikongsi dengan pihak berkuasa kerajaan atau pegawai penguatkuasa undang-undang untuk tujuan di atas jika kami percaya, dengan niat baik, bahawa kami wajib melakukannya, jika ada alasan wajar bagi kepentingan umum untuk kami melakukannya atau jika diperlukan untuk perlindungan undang-undang kepentingan komersial, kewangan, reputasi atau kepentingan sah kami bagi mematuhi undang-undang terpakai.
      6. Berkongsi Maklumat Teragregat dan Tidak Dikenal Pasti. Kami mungkin menggunakan data peribadi anda untuk mencipta maklumat teragregat dan tanpa nama yang kami mungkin kongsikan dengan pihak ketiga. Tiada siapa boleh mengenalpasti anda daripada maklumat tanpa nama tersebut. Dalam keadaan lain kami mungkin menyamarkan data peribadi anda sebelum berkongsi dengan pihak ketiga supaya kami dapat menghubungkan anda semula dengan maklumat tersebut setelah ia diproses dan dikembalikan kepada kami. Walaupun pihak ketiga tidak dapat  mengenalpasti anda daripada maklumat yang disamarkan, kami masih dapat melakukannya. Kami menangani data samaran seolah-olah ia adalah data peribadi dan memastikan tahap perlindungan yang sama untuknya ketika berkongsi dengan pihak ketiga.
      7. Hanya untuk wilayah yang berkaitan (misalnya Jepun atau China): dengan ini anda membenarkan kami berkongsi data anda dengan pihak ketiga atau kategori pihak ketiga yang disenaraikan dalam klausa ini.
  8. PEMINDAHAN DATA PERIBADI ANTARABANGSA
    1. Tertakluk kepada mendapatkan persetujuan anda seperti yang diperlukan di beberapa wilayah, Tata Communications boleh memindahkan data peribadi merentasi sempadan negara. Dengan berbuat demikian, data peribadi anda mungkin dipindahkan ke dan diproses oleh entiti Tata Communications dan/atau pihak ketiga yang tidak berkaitan.
    2. Semua entiti Tata Communications telah menandatangani perjanjian intra-kumpulan yang digunakan untuk pemindahan data peribadi di luar EU atau wilayah yang tidak memberikan tahap perlindungan yang mencukupi sejajar dengan undang-undang yang berkaitan. Satu senarai sekutu kami beserta lokasi mereka tersedia di sini. Perjanjian ini berdasarkan kepada klausa kontrak standard Suruhanjaya Kesatuan Eropah (dan oleh itu secara kontrak menetapkan standard perlindungan untuk data peribadi yang setara dengan yang ditawarkan di EU). Dengan cara ini kami memastikan perlindungan yang mencukupi untuk keselamatan data peribadi anda ketika kami memindahkannya ke salah satu sekutu kami, di mana sahaja mereka berada di dunia. Anda boleh mendapatkan salinan klausa ini dengan menghubungi kami.
    3. Apabila kami berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga yang tidak berkaitan dengan Tata Communications Group, kami meminta semua pihak ketiga tersebut untuk menghormati keselamatan data peribadi tersebut dan menanganinya sejajar dengan undang-undang perlindungan data yang digunakan. [Untuk India sahaja: Kami juga memastikan bahawa sekurang-kurangnya, tahap perlindungan data yang sama dipatuhi oleh pihak ketiga, seperti yang diberikan kepada kami oleh anda.] Di mana kami melibatkan pembekal perkhidmatan pihak ketiga untuk memproses data peribadi anda bagi pihak kami, kami tidak membenarkan mereka menggunakan data peribadi tersebut untuk tujuan mereka sendiri dan hanya membenarkan mereka memprosesnya untuk tujuan yang ditentukan dan mengikut arahan kami. Semasa memulakan hubungan pemproses tersebut, kami akan memastikan bahawa keselamatan yang mencukupi tersedia untuk data peribadi anda menggunakan mekanisme pemindahan data yang paling wajar dengan data peribadi dan negara-negara di dalam atau di mana data peribadi tersebut boleh dipindahkan. Sekiranya dibenarkan oleh undang-undang, mekanisme ini boleh merangkumi: penggunaan klausa kontrak yang diluluskan oleh EU; memastikan bahawa penerima telah melaksanakan Peraturan Perusahaan Mengikat yang diluluskan oleh EU yang mengawal pemindahan atau data peribadi; atau (di AS) ialah Diperakui Pelindung Privasi (Pelindung Privasi EU dan Swiss); atau mengesahkan  bahawa negara di mana penerima berada telah disahkan sebagai memberikan perlindungan yang mencukupi untuk data peribadi oleh EU.
    4. Untuk wilayah yang sewajarnya sahaja (misalnya Mexico, Rusia, China dan Argentina): Dengan menggunakan Perkhidmatan, anda secara nyata bersetuju dengan pemindahan data peribadi ke negara ketiga di mana ini memerlukan persetujuan anda.
  9. APAKAH HAK YANG SAYA ADA BERKAITAN DATA PERIBADI SAYA?
    1. Di bawah undang-undang kebanyakan negara, anda mempunyai hak tertentu berkaitan dengan data peribadi anda yang dimiliki oleh kami dan kami menghormati dan mematuhi hak-hak ini. Hak tersebut boleh termasuk hak untuk: meminta kami untuk mengesahkan bahawa kami memproses data peribadi anda, meminta kami satu salinan data peribadi anda (termasuk maklumat berkenaan dengan siapa kami kongsikan data anda) ; untuk membetulkan, memadam atau menyekat (memberhentikan sebarang tindakan aktif) pemprosesan data peribadi anda; untuk mengehadkan penggunaan dan pendedahan data peribadi anda; dan untuk, meminta kami untuk berkongsi (port) data peribadi anda kepada orang lain, seperti pembekal perkhidmatan telekomunikasi lain (di mana hak ini disertakan di bawah undang-undang yang digunakan).
    2. Tambahan lagi, di negara tertentu, anda boleh membantah pemprosesan data peribadi anda dalam beberapa keadaan (khususnya, di mana kami tidak perlu memproses data tersebut untuk memenuhi syarat-syarat kontrak atau undang-undang lain, atau di mana kami menggunakan data tersebut untuk pemasaran langsung). Di mana mungkin, anda juga boleh menarik balik persetujuan yang telah anda berikan kepada kami untuk memproses data peribadi anda dan meminta maklumat mengenai akibat tidak memberikan persetujuan tersebut.
    3. Hak ini mungkin terhad, contohnya jika memenuhi permintaan anda akan mendedahkan data peribadi mengenai orang lain, di mana mereka akan melanggar hak pihak ketiga (termasuk hak kami) atau jika anda meminta kami untuk menghapuskan maklumat yang kami diperlukan oleh undang-undang untuk menyimpannya atau mempunyai kepentingan sah yang menarik dalam penyimpanannya
    4. Untuk menggunakan mana-mana hak ini, untuk menyatakan kebimbangan mengenai amalan privasi kami, atau untuk mendapatkan maklumat lain, anda boleh menghubungi kami, lihat maklumat perhubungan kami di atas. Untuk Australia sahaja: Kami  akan mempertimbangkan komunikasi anda dengan teliti dan akan memberi maklum balas kepada anda dalam masa 30 hari dari komunikasi anda dengan kami.
    5. Jika anda mempunyai kebimbangan yang belum diselesaikan, anda mempunyai hak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa perlindungan data negara yang relevan. Sila hubungi kami sebelum membuat aduan kerana kami akan menghargai peluang untuk menyiasat dan menangani masalah anda terlebih dahulu.
  10. BERAPA LAMAKAH AKAN ANDA SIMPAN DATA PERIBADI SAYA
    1. Kami menyimpan data peribadi selama dan/atau tidak lebih daripada yang dibenarkan oleh undang-undang, peraturan, amalan percukaian atau perakaunan yang digunakan atau syarat-syarat mana-mana lesen telekomunikasi kerajaan yang mungkin kami tertakluk. Kami juga memadam atau menjadikan tanpa nama data peribadi sejajar dengan kewajipan yang mungkin kami tertakluk.
    2. Di mana tempoh penyimpanan data maksimum atau minimum tidak dinyatakan, kami menentukan tempoh penyimpanan data yang sesuai  untuk data peribadi dengan mempertimbangkan: jumlah, sifat dan kepekaan data peribadi yang terdapat dalam rekod; potensi risiko bahaya daripada penggunaan atau pendedahan data peribadi yang tidak dibenarkan; tujuan untuk memproses data peribadi dan sama ada kami dapat mencapai tujuan tersebut dengan cara lain.
    3. Untuk China sahaja: data peribadi anda boleh disimpan di negara-negara di mana kami memindahkan data peribadi mengikut klausa 7 di atas.
  11. KESELAMATAN DATA
    1. Kami akan menggunakan semua usaha wajar untuk menjaga keselamatan semua data peribadi anda dan untuk melindungi data peribadi tersebut dari penyalahgunaan, gangguan dan kehilangan dan daripada pengumpulan, penyalinan, akses, pengubahsuaian atau pendedahan yang tidak dibenarkan.
    2. Kami telah menyediakan kawalan yang wajar (termasuk langkah-langkah fizikal, teknologi dan pentadbiran) yang dirancang untuk membantu melindungi data peribadi yang kami kumpulkan melalui laman web. Walau bagaimanapun, tidak ada langkah keselamatan yang sempurna, dan oleh itu kami tidak dapat memastikan bahawa data peribadi yang kami kumpulkan tidak akan dapat diakses atau digunakan dengan cara yang tidak sah, yang mungkin berlaku disebabkan oleh keadaan di luar kawalan kami yang munasabah. Kami telah menetapkan prosedur untuk menangani pelanggaran data peribadi yang disyaki, dan kami akan memberitahu anda dan mana-mana pengatur pelanggaran yang digunakan di mana kami diperlukan melalui perundangan untuk melakukannya.
    3. Langkah-langkah yang kami ambil untuk melindungi data peribadi anda adalah seperti berikut:
      1. Langkah-langkah fizikal, termasuk: akses terhad ke pusat komputer dan kemudahan penyimpanan data;
      2. Langkah-langkah pentadbiran, termasuk: pelaksanaan rancangan keselamatan data dalaman dan sesi latihan kakitangan secara berkala;
      3. Langkah-langkah teknologi, termasuk: kawalan akses ke sistem pemprosesan data peribadi dan pemasangan sistem kawalan akses, dan program keselamatan;
      4. Semua akses ke komponen sistem dan data peribadi terhad kepada individu yang mempunyai urusan yang perlu diketahui;
      5. Hak akses untuk pengguna individu akan terbatas kepada hak yang paling sedikit untuk melaksanakan tugas. Ia akan berdasarkan klasifikasi dan fungsi pekerjaan;
      6.  Semua hak akses mesti dipersetujui oleh pihak yang diberi kuasa yang menentukan hak yang diperlukan sebelum akses diberikan; dan
      7. Semua pengguna harus diberikan pengenalan diri yang unik sebelum mereka dibenarkan mengakses komponen sistem, data peribadi atau data sensitif yang lain. Tambahan lagi, semua pengguna perlu disahkan melalui kata laluan pada minimumnya.
  12. PERUBAHAN KEPADA DASAR INI

    Untuk memastikan bahawa anda sentiasa mengetahui bagaimana kami menggunakan data peribadi anda, kami akan mengemas kini versi dalam talian Dasar ini dari semasa ke semasa untuk mempamerkan sebarang perubahan terhadap penggunaan data peribadi anda oleh pihak kami. Kami juga boleh membuat perubahan untuk mematuhi perubahan dalam undang-undang atau keperluan peraturan yang digunakan. Di mana boleh dilaksanakan, kami akan memberitahu anda dengan cara lain sebelum perubahan yang mempengaruhi anda secara material seperti dengan menghantar notis di laman web kami atau menghantar pemberitahuan kepada anda. Setakat yang diperlukan oleh undang-undang yang digunakan, kami akan mendapatkan persetujuan anda sebelum melaksanakan perubahan tersebut. Walau bagaimanapun, kami menggalakkan anda untuk menyemak Dasar ini secara berkala untuk dimaklumkan mengenai sebarang perubahan dalam cara kami menggunakan data peribadi anda.